Ciri-Ciri Wanita Solehah
Tahukah anda bagaimana
ciri-ciri wanita solehah?
Iaitu ciri-ciri wanita
yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa
menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.
(Cerita ini diubahsuai
semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)
Marilah kita bersama-sama
perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil
bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang
sejati?"
Si ayah pun menolehkan
mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.
"Anakku...Seorang
muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras
wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja.
Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi. Itulah yang terbaik."
Allah tidak melihat
kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat
kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)
Si ayah terus menyambung.
"Muslimah sejati
juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang
diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat
dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara
dan berhujjah kebenaran."
Berdasarkan ayat 31,
surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya
berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak
tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said
Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
"Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan
(menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)
Si ayah diam sejenak
sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.
"Lantas apa lagi
ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.
"Ketahuilah wahai
puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian
grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya
melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya
digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang
mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari
seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh
mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada
TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang
diberikan."
"Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)."
(Surah An-Nuur : 31)
"Dan ingatlah
anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam
bergaul."
"Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)
Setelah itu si anak
kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?
Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"
Si ayah memberikannya
sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti.
INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang
solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."
Si anak pun segera
mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI
RASULALLAH
Apabila seorang perempuan
itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan
mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang
ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)
Al Khawarizmi, seorang matematik islam ketika ditanya tentang wanita terbaik,
BalasHapusDia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama itu sama dengan = 1
Jika dia cantik, ditambah 0 pada angka 1 = 10
Jika dia kaya, ditambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang 1 tiada(kesolahan agamanya), maka tiada yang tersisa pada wanita itu kecuali sekelompok 0
Bagus... bagus... bagus... menambah semangat wae,,.... ! nha yg jadi pertanyaan kapan ass? admin www.qolbussalam.wordpress.com . masukan untuk blogger pemula " artikelnya di potong pakai "insert more" biar halaman artikelnya gak panjang banget.